Selasa, 4 Disember 2012

Asal Usul Sugar Glider

Jom kenali dulu apakah Sugar Glider.

Info di minda seseorang bila ditanya "Apakah Sugar Glider"?

Jawapan Terpancul dari mulut : "Sugar Glider adalah haiwan kecil yang nampak seperti tikus@ tupai kampung. Tapi ekor tak macam tupai kampung. Warna dia lain dari tupai kampung. Sugar Glider ada poket bagi yang betina. Baby Sugar Glider akan duduk dalam poket @ kantung sehingga dah matang sikit. Ada banyak jenis warna sugar glider. Yang paling mahal warna putih. Yang putih ni mata ada bewarna merah dan ada yang hitam. Sugar glider ni suka menyalak macam anak anjing malam - malam. Sugar Glider aktif waktu malam.


Itulah sebahagian jawapan dari kawan - kawan kita bila ditanya mengenai Sugar Glider. Kebanyakkan jawapan adalah tepat, ada yang betul dan ada yang ditokok tambah oleh penjual sugar glider bagi melariskan jualan sugar glider.

Dari membuatkan fikiran asyik fikir, apakah Sugar Glider. Jom kita tanya BSSG, sejarah Sugar Glider da.


Asalnya dari negara mana ?

Sugar Glider merupakan jenis Petaurus Breviceps & merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari hutan di negara Australia, Papua New Guinea, Indonesiaa dan Kepulauan Bismarck. Mereka hidup secara koloni dan berkelompok . Sugar Glider mula diperkenalkan sebagai Haiwan ini telah diperkenalkan di Tasmania pada tahun 1835


Duduk di mana?

Sugar Glider pada dasarnya menghabiskan masanya dengan berada di atas pokok dan lubang pada pokok dijadikan sebagai tempat tinggal.


Saiznya bagaimana?

  • Ukuran panjang : Saiz tubuh haiwan ini kalau diukur dari hidung hingga ke hujung ekor adalah kira-kira 24 hingga 30 cm.
  • Berat :

Makanan Rujinya?
Sugar Glider begitu aktif mencari makanan pada waktu malam. Sepanjang malam, ia akan memburu serangga, buah - buahan, tumbuhan hutan, madu bunga dan getah kayu putih di dalam hutan


Kehidupannya?

Sabtu, 1 Disember 2012

Salam Perkenalan dari sini untuk semua

Salam 1 Malaysia kepada semua Geng Sugar Glider Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura (MIBS)

Terima kasih kerana sudi menjenguh ke blog ini, Insya Allah blog ini akan dikemaskini dan berkongsi info2 dan tips penjagaan.

Blog ini memang 98% dibuat untuk perkongsian mengenai Sugar Glider. Blog ini akan berkongsi hal - hal berkaitan :

  1. Asal Usul Sugar Glider
  2. Pengetahuan Jantina
  3. Pemilihan Untuk Di Bela
  4. Makanan Utama
  5. Makanan Sampingan
  6. Pemakanan Yang Terbaik 
  7. Pemakanan Yang TERLARANG
  8. Pemilihan sangkar 
  9. Pemilihan aksesori
  10. Penjagaan sangkar dan sekeliling
  11. Penjagaan peringkat bayi dan underage
  12. Penjagaan ketika matang
  13. Penjagaan ketika bunting
  14. Penjagaan ketika melahirkan dan menyusu
  15. Penjagaan yang "old timer"

Opss, sebelum itu, ada nampak tak gambar utama blog ini? Kiranya yang kat atas tu. Gambar itu mewakili generasi Sugar Glider dan yang terlarang. Nanti kita kongsi sama - sama ya.

Gambar disekitar blog ini pula, mengenai aktiviti - aktiviti dan ragam sugar glider. Ada yang gembira, berlari berkejaran, monyok, sakit, marah, ketakutan dan segalanya.